Saat lafaz Sakinah

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
...Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
NI LAGU FEVERET SAYA,SAJA NAK KONGSI,SARAT DENGAN MESEJ BERGUNA

Lama tak jumpa :-)

Bismillah
    Lama benar tak berkunjung ke sini,ditinggal sepi tak berisi.Anyway Alhamdulillah jutaan syukur pada Allah pada 19 Oktober yang lalu saya telah selamat bergraduasi ,segenggam ijazah yang diidami setelah sekian lama kini berjaya diperolehi. Setelah 4 tahun bertarung dengan pengajian,,kini kejayaan kecil ini dirai.Walaubagaimanapun ini bukan penghabisan bahkan umpama anak kunci kepada tapak seterusnya kepada penerokaan ilmu Allah yang maha luas,Insya Allah.,,,(blank..takda idea,,lama tak menulis) to be continue...

Bingkisan

Bismillah

  Lama benar saya tidak menjengah ke laman blog ini,masa yang sangat terbatas dan agak lama terputus dari kemudahan internet antara faktornya.Banyak yang ingin dikongsikan terutamanya pengalaman lebih 3 bulan bergelar seorang pendidik.Pengalaman yang membuatkan saya insaf dan menyedari alangkah mencabarnya tugas seorang guru,tidak keterlaluan andainya saya katakan kini saya sangat menyesal kerana pernah menyakitkan dan melukakan hati guru-guru saya dengan perbuatan saya yang tidak sepatutnya saya lakukan sebagai seorang murid.Kerana saya telah merasai kesakitan itu kini,aduhai anak-anak muridku andai kalian dapat melihat luka di hati ini.Isk isk baru 3 bulan,,perjalanan masih panjang dan saya sebenarnya berazam(dengan izin Allah) akan terus berada di arena pendidikan ,saya masih kuat semangat untuk menjadi seorang guru yang tanpa jemu menebarkan ilmu,menyambung tugas Murabbi Agung Rasulullah s.a.w menyebarkan dakwah.

    Dalam kesibukan tugas dan amanah saya dalam diam menanam impian untuk menyambung pengajian,mohon didoakan ya.Masih teringat-ingat nasihat yang diberikan oleh Prof Madya Dr Mamdouh dan Prof Madya Dr Hasyim( saya sangat merindui mereka berdua) supaya kami menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.Kata mereka ijazah pertama ini umpama "miftah" anak kunci yang membuka pelbagai lagi pintu-pintu ilmu pengetahuan,.Ianya cuma permulaan dan saya akuinya,,masih terasa kosong dada ini,kosong yang perlu diisi dengan cahaya makrifat.Moga ada rezeki yang datang,juga moga ada kemudahan dari Allah.Saya merindui majlis ilmu,saya rindu siraman nasihat dan taujihat,saya rindu guru-guru yang tidak jemu manabur ilmu,saya rindukan segalanya yang membuat hati ini bisa tenang tenteram.saya rindukan TAMAN-TAMAN SYURGA.

  Ramadhan bakal pergi,yang tertinggal hanya natijahnya,entah ada lagi entah tidak baki umur untuk ketemu Ramadhan akan datang.Masih ada baki terakhir Ramdhan,,kita masih ada masa untuk meneguk nikmat didalamnya.Allah itu tidak pernah memungkiri janji,duhai jiwa bangunlahhhh...salam penghujung Ramadhan.




  

Mentarbiyah untuk ditarbiyah

Bismillah

    Lama saya tidak menitip bicara di sini,lebih dari sebulan lamanya.Sudah lama tidak berkongsi menyebabkan saya juga merasa kontang dan kosong.Alhamdulillah saya kini dalam marhalah menyesuaikan dan memesrakan diri dengan amanah dah tanggungjawab baru.Baru sebulan melangkah ke alam kerjaya bilamana dengan izin Allah saya direzekikan diterima bertugas sebagai pendidik di Maahad Tahfiz Azzahrah,Hulu Langat Selangor.Bekerja di sebuah Maahad Tahfiz bagi seorang yang bukan Al-Hafizah,perasaan bercampur baur di antara gembira dan bimbang.Tetapi sebagai mukmin kita wajib memandang segala apa yang telah ditentukan merupakan yang terbaik bagi kita,hikmahnya pasti ada.Gembira kerana Allah masih memelihara saya,Allah tentunya lebih mengenali siapa saya,Dia tahu hambaNya yang seorang ini masih lemah orangnya,dia tidak mampu lagi berhadapan dengan realiti dunia luar yang mengjengkelkan lantas makhluk lemah bernama Rosfadzillah ini dicampakkan ke sini.Masih dalam biah islam yang terjaga dan pasti ini merupakan ruang tarbiyah seorang saya.yang lemah imannya.Allah itu sangat baik dan yang paling memahami hambaNya.
     Tugas utama saya disini adalah sebagai seorang warden,disamping mengajar beberapa madah diniyah dan akademik.Status WARDEN menjadikan saya kini seorang ibu yang mempunyai 65 orang anak yang perlu di "TARBIYAH" saya terpaksa akui ianya tugas yang berat memandangkan saya juga masih tak cukup tarbiyahnya.Opss betulkan posisi pandangan merekalah sebenarnya ruang saya men TARBIYAH diri.Anak-anak gadis remaja yang dipilih untuk menghafal al-quran.Mereka generasi yang terpilih untuk menyambung rantaian sebuah perjuangan.Doakan saya supaya kuat untuk mendidik dan mentarbiyah mereka.
BLOG INI SEDANG DALAM PROSES PENYELANGGARAAN.....
MOGA AKAN LEBIH BAIK,DEMI KELANGSUNGAN SEBUAH USAHA DAKWAH

Tatapan jiwa yang makin jauh dengan tuhanNya

Bismillah,

Tatkala hati berjerebu dosa,segala yang di buat serba tak kena,,namun jangan putus asa,,Allah itu maha Baik,Redha lebih besar dari Murkanya,di bawah merupakan karya saya tidak lama dulu,awalnya untu tatapan saya,namun tergerak hati untuk berkongsi.

Monolog Hijrah,,,ALLAH itu sangat baik kepadaku

Terasa malu benar saat ini,tatkala bahang Peristiwa Hijrah mewarnai hari-hari seorang muslim sejati.

Aku dulu pernah berhijrah...dari satu titik kelam dalam hidup kepada yang titik lebih terang benderang.

Hidupku pernah kelam,aku pernah tewas kelelahan dan semua itu amat tidak enak untuk dikenangi,

amat memualkan tangkal hati,tetapi apakan daya kerana gelap lahirnya cahaya,kerana kelamlah cahaya itu berguna.

Tika hijrah itu,terasa benar hati dipimpin Ilahi..Derap langkah kian aku yakini,indah benar hari-hari yang dilalui.

Allah itu sangat baik kepadaku..
DIA terima aku saat semua yang lain tidak mengendahkanku,
Allah itu sangat hebat..
DIA masih memimpinku tatkala dosaku menggunung tidak tersukat..
Allah itu sangat dekat..
DIA mendengar doaku,,dalam deraian air mataku yang kian lebat..
Allah itu sangat baik kepadaku
sangat-sangat baik kepadaku
dan Allah itu akan terus terusan teramat baik kepada hamba-hambaNYA.

Kenapa payah sangat nak buat

Bismillah

Masih teringat rungutan salah seorang pensyarah kesayangan saya mengenai kebanyakan warga Malaysia yang jarang untuk mendirikan solat sunat rawatib di masjid.Sedangkan ianya amalan yang sangat penting dalam membantu menyempurnakan solat fardhu kita yang entah khusyuk entahkan tidak,entah cukup rukun ataupun kurang,entah sempurna atau tunggang langgang.Mungkin juga ada yang kata "ala kan sunat aje,buat dapat pahala,tak buat tak berdosa " yup memang benar tetapi itu omongan si malas,ataupun dia dah yakin amalannya perfect.InsyaAllah saya cuba berkongsi sedikit sebanyak kepentingan solat sunat rawatib yang sangat-sangat digalakkan ummat islam supaya mengerjakannya.

Daripada Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang hamba pun yang Muslim yang bersembahyang kerana Allah Ta'ala setiap hari dua belas rakaat sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga."

(Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith Rasulullah (S.A.W) di atas jelas terang terangan ganjaran yang dijanjikan bagi mereka yang istiqamah melaksanakan solat sunat rawatib iaitu dijanjikan dibinakan sebuah rumah di syurga Allah Azza Wajalla.Ganjaran dan tawaran hebat yang dipandang lesu oleh jiwa-jiwa yang nilai yakinnya kurang terhadap janji Allah.Bayangkan anda dihadiahkan sebuah rumah mewah yang dibina di kawasan tempat tinggal bertaraf tinggi oleh seorang perdana menteri?pastinya bangga tak sudah bukan?bayangkan pula jika yang mahu binakan rumah anda sebuah rumah itu pemilik seluruh alam?dan tapak yang dijanjikan pula di syurga yang kekal,tidak tergodakan anda?usah dibayangkan bagaimana reka bentuk rumah itu kerana segala yang berada di dalam syurga tidak dapat dan tidak pernah dibayangkan oleh pancaindera manusia.

Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu. Terdapat dua jenis sunat rawatibiaitu : Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya'; dan Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.


Antara kepentingan atau kelebihan solat sunat rawatib adalah:

1)Merupakan pelengkap kepada solat fardhu.
Solat merupakan amalan pertama yang dihisab di akhirat kelak,dan apabila terdapat
kekurangan dalam solat yang telah kita kerjakan di dunia,solat sunat rawatiblah
yang akan menampung lompong-lompong yang ada.Bagus bukan?
2)Menggantikan solat fardhu yang tertinggal
Baki solat sunat rawatib yang dikerjakan apabila dikumpul juga mampu menjadi ganti
kepada solat fardhu kita yang tak cukup dikerjakan.Subhanallah.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang lain,tetapi saya hanya sebutkan 2 fadhilat yang sangat rugi andai kita lepaskan begitu sahaja.Apabila di akhirat kelak tiada sesiapa yang kita boleh minta bantuan daripadanya.Kecuali dengan bekal amalan yang dibawa dan solat sunat rawatib mempunyai peranan besar.Jadi usah bertangguh.Banyakkan sujud apada Allah..laksanakan banyak yang sunat,moga kita tak rugi di sana

Kalau tak bersedia macam tulah

Bismillah

Bayangkan kalau kita masuk dewan exam dalam keadaan tak bersedia,ataupun bersedia ala kadar,ataupun kita study last minit jer.Kalau nasib menyebelahi soalan yang kita spot masuk,alhamdulillah la,,tapi bayangkan pulak,dahla dalam keadaan tak bersedia,soalan yang keluar langsung kita tak baca,dan yang paling teruk kita "black out" dalam dewan.Lepas keluar dewan agak2 jadi apa?mesti tergesa-gesa nak balik,takda mood nak cakap dengan kengkawan,makan pun tak lalu,balik dorm terus tidur dalam keadaan "bebal" dan muka macam "monster" kelaparan.satu hari suntuk kita akan rasa kecewa,menyesal dan sebagainya kan..macam tulah kalau tak bersedia.dasyat impaknya.

BAYANGKAN PULA

Bayangkan kita masuk kubur dalam keadaan tak sedia,amalan pun sikit-sikit jer,ala kadar orang panggil,,nak taubat masa sakaratul maut conform tak terima dah.impaknya maha dasyat dari kecewa kita dengan exam di dunia.Fail exam di dunia,mungkin ada peluang untuk kita perbaiki.Tapi bila fail dalam kubur?tak dapat jawab soalan malaikat,padahal soalan 2 dah lama dah bocor.bayangkan?takde kengkawan tempat kita luah marah,tak boleh nak "bebal" "bebal" lagi,duduklah kita dalam lubang tu menerima azab sampai kiamat.amacam boleh tahan.

Sifirnya macam tulah,tanpa persediaan kita akan kecewa,bersempena musim exam sekarang ni,kita bersedia la sehabis baik.Dan bersempena umur yang masih tinggal ni,buatlah persediaan untuk marhalah seterusnya(alam barzakh)tanpa persediaan segalanya sia-sia.



SALAM IMTIHAN

Teruja!!


Bismillah

Alhamdulillah,sekian lama tak menatap laman blog ni,,urff bersawang dah ni..masa terlalu pack,padat..takpelah sekarang memang patut dah start study giler..pecut selaju yang boleh,tapi jangan sampai eksiden dah la kan.,hal-hal sampingan perlulah dikurangkan,,,study no satu tapi dakwah bukan nombor dua tau..oklah nak kongsi sikit,,petang tadi ada kelas falsafah islamiyah,diakui ini merupakan madah yang paling dibimbangi kerana inilah madah paling saya lemah,agak berat sikit muqararnya.Petang tadi kami belajar tokoh falsafah islam yang ke 3 dalam muqarar iatu IBNU SINA.Petang tadi Dr Jamil sentuh sikit jela mengenai riwayat hidup dan sejarah hidup beliau,sememangnya kalau sebut IBNU SINA memang sinonim namanya sebagai ahli perubatan yang termasyur..dan banyak sekali perkara yang mengujakan bila dengar Dr Jamil cerita petang tadi.Teruja dengan kesungguhan IBNU SINA dalam menuntut ilmu,seluruh usianya diabadikan belajar dan mengkaji ilmu,dan segala usahanya masih di guna dan menjadi rujukan sehingga kini.Tadi dalam banyak cerita yang Dr Jamil cerita..he he banyaknye cerita kan ada satu cerita yang mengujakan saya.
Pada suatu hari IBNU SINA berada dalam satu majils dan dia disoal oleh seseorang mengenai bahasa "lughah" dan ketika itu IBNU SINA tak dapat nak jawab,lalu dengan angkuhnya si penanya tadi cakap kat IBNU SINA "kamu mungkin mahir dalam perubatan tapi tak pandai dalam lughah" selepas menerima kritikan hebat itu IBNU SINA mula membaca dan mempelajari ilmu berkaitan bahasa selam 3TAHUN ,sehingga beliau mampu pula menulis 3 buah buku yang hebat mengenai bahasa setelah itu.Kuat betul semangatnya.Banyak lagi sebenarnya perkara yang mengujakan saya,,tak prepare bahannya,cuma setakat inilah perkongsiannya..moga bermanfaat.Ambillah kesungguhan ulama silam dalam menuntut ilmu,niat ikhlas mereka terzahir apabila ilmu mereka berkembang,tersebar dan digunakan hingga kini.Belajarlah kerana ilmu itu sendiri bukan kerana segulung kertas ijazah sahaja..betulkan niat!!

GOOD LUCK UNTUK STUDENT KUIN,BUAT SAHABAT2 DI TAHUN EMPAT KHUSUSNYA..MOGA KITA KELUAR DARI KUIN KITA MENJADI PRODUK YANG BERKUALITI UNTUK UMMAH DAN AGAMA YANG TERCINTA.

Buatmu yang sedang gundah jiwanya

Bismillah

video


Dedikasi untuk diri sendiri,juga buat sahabat-sahabat yang sedang di uji hatinya,sama-sama muhasabah,sejauh mana kita bergantung pada Allah.

MUJAHID SETIA


BISMILLAH..

BUAT SEMUA MUJAHID SETIA AYUH BANGUN KALIAN

Bangkitlah mujahid bangkitlah

Rapatkan barisan rapatkan

Ayunkanlah langkah perjuangan

Mati syahid atau hidup mulia


Siapkan dirimu siapkan

Gentarkan musuhmu gentarkan

Takkan pernah usai pertarungan

Hingga ajal kan menjelang


Enyahkan rasa takut dan gentar

Walau raga kan meregang nyawa

Karena Allah tlah janjikan surga

Untukmu mujahid setia

Sibuk!!!membuat aku menghargai makhluk bernama "masa"




Bismillah

Detik-detik akhir hidup seorang siswi,membuat saya dilanda kesibukan melelahkan,dan aktiviti menulis di ruangan yang saya cintai ini semakin perlahan.Saya benar-benar tidak punyai masa untuk berteleku di hadapan laptop apatah lagi untuk menulis sesuatu,,dan saat ini juga saya perlu berkejar menghadiri program Recall Triple T Training anjuran Jabatan Nuqaba.Sementara melepaskan penat setelah habis kuliyah qadaya sebentar tadi saya menulis..dan sampai ini saja..saya berharap dan berdoa saya akan punyai waktu untuk menitip perkongsian ilmu di sini.InsyaAllah.

Nama di sayang,Hukum dan syariat ditendang.

Bismillah,

Di antara isu panas yang melanda negara yang tercinta baru-baru ini ialah isu Kalimah Allah yang menjadi rebutan pihak gereja dan umat islam di Malaysia.Dan yang pasti pelbagai respon dizahirkan oleh rakyat malaysia amnya,ada yang menentang sekeras-kerasnya,ada yang menjadi antara mereka yang menyokong,ada yang diam seribu bahasa,menentang tidak setuju pun bukan,di antara langit dan bumi duduknya.Mungkin malas ambil tahu agaknya,tak peduli masalah umat.Kepada yang menentang,pujian wajar diberikan kerana peka dan peduli serta masih sayang pada Agama.Tetap satu persoalan timbul di sini,adakah hanya 'kalimah Allah' yang perlu di sayang-sayang?Syariat Allah di buang-buang,Hukum Allah ditendang-tendang?fikir-fikrkanlah..

Saya baru tergerak mahu menulis tentang ini kerana baru mendapat informasi yang saya kira agak penting untuk disebarkan,maklumat yang saya perolehi dari sebuah ceramah yang sempat saya hadiri baru-baru ini.Ceramah perdana yang di sampaikan oleh Tuan Haji Kamarudin bin Abdullah,seorang yang dahulunya merupakan penganut agama Kristian Roman Katolik dan kita sudah dilimpahi nur petunjuk rahmat kasih dari Allah dan kini sangat aktif dalam kerja2 dakwah kepada golongan non muslim.Beliau aktif bersama ISLAMIC PROPAGATION SOCIETY INTERNATIONAL (IPSI) www.ipsi.com.my danbeliau bertindak sebagai President pertubuhan ini.

Menurut Tuan Haji Kamarudin,isu kalimah Allah ini merupakan salah satu agenda dan strategi pendakyah kristian memurtadkan umat melayu islam di Malaysia.Penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible bukanlah puncanya,kerana bible diterjemahkan ke dalam lebih 2000 bahasa dan hanya bahasa Arab dan Indonesia yang menggunakan kalimah Allah di dalam terjemahan mereka.Setelah 'kewafatan' Nabi Isa A.S Kitab Bible hanya ditulis 70 tahun selepas itu,dan ianya tidak ditulis di dalam bahasa pertuturan Nabi Isa A.S tetapi ditulis ke dalam bahasa Greek,kemudian ke dalam bahasa latin dan seterusnya ke dalam bahasa inggeris daerah dan kemdian di terjemah ke dalam 2000 jenis bahasa dan telah melalui pelbagai peringkat pembaharuan dan penyelewengan.

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh Institut kajian Kristian di antara bangsa yang paling susah untuk dimurtadkan ialah bangsa Arab dan Melayu,dan mereka kini mula menggunakan strategi atau kaedah penyesuaian dalam dakyah mereka,penggunaan kalimah Allah adalah kaedahnya.Mereka di sini cuba menggunakan istilah-istilah islamik yang amat selari dengan umat melayu,contohnya Malaikat,Anbiya',Biatullah dan semestinya istila ALLAH itu sendiri.Dengan cara ini umat melayu islam akan mudah didekati dan bagi yang nipis ilmu dan imannya pasti akan merasakeleliruan dan mendapati kristian amat mirip dengan islam,ntah2 kedua-duanya adalah agama yang sama,lalu rebahlah akidah mereka di telapak kaki pendakyah2 Kristian yang semestinya tidak pernah serik dan jemu menyebarkan dakyah mereka.


Lihatlah betapa sungguh2 pendakyah kristian melaksanakan tanggungjawab mereka,tanpa rasa lelah dan kesah.Mereka tidak henti-henti merancang dan merancang demi merebahkan akidah umat islam.Pihak gereja mereka juga sangat bersatu hati,kewangan mereka juga sangat kukuh kerana menndapat pelbagai sumbangan dana dari syrikat2 dan orang2 persendirian bahkan ,mereka sangat kaya sehingga pergerakan kristian di Indonesia misalnya mempunyai pesawat perbadi yang banyak melebihi jumlah yang dimiliki oleh pihak kerajaan mereka.Pesawat ini mereka gunakan bagi menakluk kepulauan2 di Indonesia.

Insya Allah saya akan cuba berbicara serba sedikit tentang pergerakan kristian pada entri yang akan datang sebagai pendedahan,moga-moga sesiapa yang membaca entri ini menyebarkannya pada sahabat seagama yang lain,maklumat yang simpel tetapi impaknya sangat menakutkan anda ianya dibiarkan tanpa tindakan.




Wujudkah Falsafah Islam?

Bismillah,

Pertama dan selamanya syukur ke hadrat Ilahi kerana hari dan tika ini dengan izinkan saya masih dapat menitipkan sesuatu di laman blog yang hampir "kesawangan" ini.Semester akhir yang benar-benar mencabar,dihambat kesibukan yang kepalang hebatnya di antara jadual pengajian yang padat dan komitmen lain yang menjadikan seorang "saya" hampir kelelahan.Namun alhamdulillah inilah sebenar kemanisan hidup orang berjuang,bila amanah dakwah yang terbeban di pundak seorang yang mengaku dirinya mukmin,inilah harga yang harus dibayar.Kelelahan yang tidak berkesudahan demi kelangsungan sebuah dakwah walau siapapun kita.Baik sekadar mukaddimah ringkas peledak semangat untuk saya sendiri dan anda yang membaca,seperti yang saya janjikan pada entri yang lepas insyaAllah saya akan cuba memperkatakan secara ringkas mengenai Falsafah Islam,ini merupakan salah satu madah yang saya ambil semester ini,jadi saya cuba kongsikan sebaik dan semampu mungkin.

Islam sebuah agama yang syumul,tidak ada yang tidak ada di dalam islam,ianya sebuah sistem hidup yang maha lengkap kerana ianya agama yang datang dari Tuhan yang Maha Benar iaitu Allah S.W.T. Falsafah merupakan sesuatu yang lahir daripada aktiviti Aqal,jadi bila timbul persoalan wujudkah Falsafah islam saya akan kemukan dua pandangan atau pendapat dari mengenai persoalan ini.

1)Pendapat sebahagian Orientalis Barat.

-Mereka mendakwa tidak wujud falsafah di dalam islam,kerana menurut mereka orang muslim dan arab khususnya lemah dan tidak berkeupayaan dalam menjalankan aktiviti aqal dan tidak mampu membuat penelitian dengan menggunakan aqal,pendek kata orang islam tidak mampu berfikir menggunakan aqal mereka.
-Mereka turut membahagikan manusia ini kepada dua golongan:

1)Golongan Ari:Yang mana golongan ini mampu berfikir,meneliti dan menggunakan aqal
dengan baik.Dan mereka mendakwa meraka dari golongan ini.

2)Golongan Sami:Terdiri dari kaum arab dan muslimin yang tidak mempunyai keupayaan aqal.

-Mereka turut mendakwa orang arab hanya mampu mengarang syair dan hanya bergantung kepada apa-apa yang datang dari tuhan mereka(Allah) dan mereka benar-benar tidak mampu menggunakan Aqal.

2)Pendapat dari orang Islam sendiri.

Jangan terkejut andai saya katakan ada dari kalangan pemikir islam yang cenderung dan bersetuju dengan pendapat dari orientalis barat.Ada yang mendakwa sememangnya umat isalm tidak langsung memiliki kebolehan menjalankan aktiviti aqal mereka sendiri dan satu-satunya muslim yang layak digelar ahli falsafah adalah Yaakob bin Ishak Al-Kindi ,itupun sesuatu yang agak ganjil.Tidak kurang juga yang mendakwa orang muslim dan arab hanya tahu mengarang syair.

Tetapi jangan bimbang, tidak kurang juga ilmuwan islam yang menyatakan bahawa falsafah islam itu wujud."Syahrastani" mengatakan sesungguhnya orang arab terlebih dahulu mengusai pelbagai jenis bidang ilmu termasuk bidang falsafah ini bahkan mengatasi masyarakat yang lain.

"Ibnu Khaldun" berkata umat arab merupakan umat yang sangat mengusai pelbagai bidang ilmu termasuk falsafah.Pembahagian kelompok umat dan bangsa berdasarkan kebolehan aqal merupakan sesuatu yang tidak masuk aqal dan sesungguhnnya tiada perbezaan dintara umat-umat di dalam urusan mempelajari sesuatu ilmu,bahkan umat arab merupakan umat yang menonjol dalam bidang falsafah dan telah menterjemahkannya dan mengkajinya dengan baik.

Sekian dahulu untuk kali ini,Falsafah merupakan salah satu aktiviti aqal yang matlamatnya untuk mencari hakikat kebenaran,islam banyak sekali menyeru umatnya menggunakan aqal yang dianugerahkan Allah untuk dijadikan wasilah mencari kebenaran,insyaAllah saya akan hidangakn kepada anda dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah yang menyeru umatnya supaya berfikir dan sekaligus mematahkan dakwaan jahat musuh-musuh islam yang mahu memusnahkan islam dan umatnya.

Selamat berfikir!!!! biasakan yang betul,betulkan yang biasa!!!

Wujudkah Falsafah di dalam islam???

Bismillah

Anda pernah dengar mengenai falsafah?anda mungkin pernah dengar mengenai kemasyuran Falsafah Yunani,Aristo,Sokrat(betul ke eja camni)..benarkah mereka benar-benar pelopor bidang falsafah ini?

Wujudkah Falsafah islam? Anda mahu tahu apa pendapat musuh-musuh islam tentang falsafah dalam dunia islam?Jika Falsafah islam wujud di mana kedudukannya berdasarkan al-Quran dan Hadith,di mana dalilnya?

Anda ingin tahu?nantikan entry terbaru saya nanti,malam ni tak larat dah la menulis,Kuliyah direct dari pagi hingga jam 7 p.m tadi..badan perlukan rehat untuk perjuangan ilmu hari esok,jika esok masih ada..Bye bye wassalam

INFO SAHABAT RADIYALLAHUANHUM

Bismillah

Alhamdulillah kali ini saya mahu kongsikan beberapa info ringkas tentang para Sahabat Radiyallahuanhum,sila-sila la baca mudah mudah kita mahu mengenali mereka,yelah selama nikan kita kenal artis-artis je..sampai semua hal peribadi mereka kita tahu,ada gosip panas kitalah orang yang mula-mula tahu kan kan,udah udah la buat perkara tak berfaedah tu..jom kita berkenalan dengan para sahabat Nabi S.A.W ,mereka inilah yang bersama Nabi S.A.W membantu menyebarkan islam.Untuk kali ini saya paparkan info-info asas mengenai mereka yang bergelar Sahabat Nabi (S.A.W)


* Siapa itu sahabat?

Mereka adalah golongan yang pernah bertemu Rasulullah (S.A.W) dalam keadaan sudah memeluk islam dan mati juga dalam agama islam.

*Berapakah bilangan para Sahabat Radiyallahuanhum?

Tidak ada jumlah yang tepat mengenai berapakah bilangan sahabat yang sebenarnya,tetapi ada ulama' yang mengatakan jumlah mereka mencecah lebih dari 100,000 orang,wahhh ramainya..dan pendapat yang termasyur ialah pendapat Abi Zur;ah Ar-Razi yang menyatakan jumlah sahabat Nabi (S.A.W) berjumlah 114,000 orang,mereka terdiri daripada yang mendengar dan meriwayatkan Hadith.

*Sahabat yang paling banyak meriwayatkan Hadith:

1) Abu Hurairah R.a : 5374 Hadith

2) Ibnu Umar :2630 Hadith

3) Anas bin Malik : 2286 Hadith

4) Aisyah Ummul Mukminin : 2210 Hadith

5) Ibnu Abas :1660 Hadith

6) Jabir Abdullah : 1540 Hadith

Sahabat Nabi (S.A.W) yang bernama Abdullah :

jumlah mereka ini juga agak ramai mencecah 300 orang dan di bawah ini mereka yang termasyur.

1)Abdullah Ibnu Umar 2) Abdullah Ibnu Abas 3)Abdullah Ibnu Zubair

4) Abdullah Ibnu Amru bin Al Aash

Siapa Sahabat yang terawal memeluk islam:

1)Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.a

2)Ali bin Abi Talib R.a

3)Khadijah Ummul Mukminin R.a

4)Bilal Bin Rabah R.a

5)Zaid Bin Harithah R.a

Siapa antara para Sahabat yang terakhir meninggal dunia:

-Abu Tufail A'mir Bin Wathilah Al-Laithi

-Meninggal pada tahun 100 Hijrah di Makah Al-Mukarramah

Alhamdulillah setakat ini yang saya dapat kongsikan,mohon maaf andai punya kesilapan dan kekurangan fakta,saya naqalkan sepenuhnya maklumat di atas dari Kitab Taisir Mustalah Al-Hadith Karangan Doktor Mahmud Attohhan,Pensyarah Kuliyah Syariah dan pengajian Islam Universiti Kuwait.Kitab ini berbahasa Arab dan saya terjemahkan sebaik yang boleh.

Selamat membaca!

Beradab dengan kitab-kitab ilmu.

Bismillah

Alhamdulillah entry saya masih berkisarkan soal adab dalam menuntut ilmu,adab yang menjadi ramuan yang merencahkan lagi warna warni perjalanan hidup manusia yang bergelar penuntut ilmu Allah S.W.T.

Baik, ramai yang sedia maklum apakah itu adab?ramai yang tahu bagaimana mahu beradab sopan tetapi malangnya masih ramai yang tak mahu praktiskannya,itu yang rugi lagipun orang melayu kita kan sangat terkenal dengan perilaku sopan dan lemah lembut jadi ia sepatutnya tidak menjadi masalah untuk kita beradab dalam menuntut ilmu.Baik" straight to the point",kali ini saya mahu kemukakan salah satu adab dalam menuntut ilmu yang jarang sekali kita ambil berat,ia nampak remeh tapi impaknya amat besar kerana tanpanya mungkin payah kita mahu memperoleh "berkat" kerana tidak ramai yang tahu dan mahu "beradab dengan kitab-kitab ilmu".Ha?dengan kitab pun kena beradab sopan ke?yup...kitab-kitab atau melayunya buku-buku merupakan wasilah atau alat untuk kita mendapatkan ilmu,jadi ianya juga wajar mendapat penghormatan.Persoalan mula timbul,macammana nak beradab dengan buku?saya tak tahulah..Ehhh takpe-takpe saya akan bantu anda.Mari kita lihat bagaimana caranya kita nak beradab dengan kitab-kitab ilmu.Adakah dengan menjadikan buku-buku kita pembungkus nasi lemak atau pembungkus tempe selepas kita habis baca?mari kita tengok...

Tips beradab dengan kitab-kitab ilmu:

1) Dianjurkan kita memegang atau menyentuk kitab-kitab atau buku-buku ilmu dalam keadaan
bersih,iaitu berwudu'.

2) Tidak mengjulurkan kaki ke arah buku atau meletakkan sama paras dengan punggung kita.

3) Tidak menindih kitab-kitab ilmu dengan benda-benda yang lain.contoh:pen ,handset, cawan
dan sebagainya

4) Jangan beli buku tapi tak baca,jangan jadikan buku-buku hanya koleksi dan sekadar
bertujuan memenuhkan rak buku anda,ada buku bacalah.

5) Ini yang paling penting saya kira,menyusun buku mengikut taraf-taraf mereka tersendiri.
Buku pun ada taraf ke?eh mestilah,caranya begini:
Susun buku anda dengan meletakkan buku yang mengandungi ayat-ayat al-Quran di atas
sekali,diikuti dengan buku-buku yang mengandungi hadith,feqh dan seterusnya mengikut
keadaan kandungan buku-buku tersebut.Muliakan dan letakkan di kedudukan teratas
buku-buku yang mengandungi ayat2 al-Quran dan Hadith2 Nabi S.A.W.Ini bertujuan untuk
memuliakan kalam Allah dan mudah mudahan dengan cara itu Allah juga merahmati dan
memberkati ilmu kita.

Demikianlah sahaja,mudah bukan?nampak simple tapi cuba angkat tangan berapa ramai yang mempratikkannya?kadang-kadang untuk mendapatkan sesuatu perkara yang besar bermula dari perkara yang kecil dan simple.Untuk memperoleh kejayaan dalam menuntut ilmu usah pinggirkan perkara semudah beradab dengan buku,cubalah.

Selamat Beramal!!!

Beradab dalam menuntut ilmu,mengundang berkat.

Bismillah

Ini entry pertama saya untuk laman blog ini,insyaAllah saya akan mulakan bicara ilmu kita dengan membincangkan beberapa adab dan keperluan dalam menuntut ilmu.Penting ke adab-adab ini semua?asal belajar dah la kan?jawapannya adalah penting kerana apa?Kadang-kadang ada orang yang belajar setengah mati tapi tak juga pandai-pandai,mungkin sudah masanya kita mengambil tahu soal berkat,berkat ilmu yang kita hasilkan apabila kita mahu beradab ketika menuntut ilmu.

Antara Adab-Adab menuntut Ilmu:

1) Niat yang ikhlas kerana Allah Taala.Biarlah niat kita hanya untuk mengharap redha Allah dari ilmu yang kita pelajari,untuk menghilagkan kejahilan dari dalam diri kita,juga untuk
menghidupkan agama dan untuk mempelajari syariat Allah S.W.T.

2) Berusaha membersihkan zahir dan batin dari kekotoran dan kekhilafan.

3)Merendah diri kepada guru yang mengajar walaupun guru tersebut rendah kedudukannya
atau jawatan keduniaannya dari kita.Contohnya kita kerja dengan berjawatan atau gaji lebih
tinggi dari guru kita,kita dilarang memandang rendah kepada mereka.

4) Melihat dan memandang guru dengan pandangan kemuliaan dan kasih sayang.Maksudnya
memandang seorang guru dengan rendah hati dan memuliakan kedudukan mereka.

5) Membersihkan hati dari najis-najis dosa supaya ilmu mudah melekat di hati dan aqal kita,
Hati yang kotor membuatkan ilmu menjauh dengan kita.

6)Elakkan dari bermain-main dan melakukan perkara sia-sia semasa berada dalam majlis ilmu.
Contohnya ber'sms' atau bersembang dengan kawan sebelah ataupun berangan-angan semasa
majlis ilmu berlangsung.

7) Menjauhkan sebab-sebab yang menghalang kita dari menuntut ilmu,contohnya mengjauhkan
gangguan tetfon bimbit atau kemalangan yang menyebabkan tumpuan kita terganggu.

8) Sanggup menanggung kesusahan dan kepayahan semasa menuntut ilmu kerana menuntut
ilmu jalannya berliku dan penuh mehnah.
9)Bersungguh-sungguh dan beristiqamah

10) Memilih guru-guru yang muktabar.

11) Memilih sahabat sepengajian yang soleh dan solehah yang mana seorang sahabat yang baik
mampu membantu perjalanan kita sebagai penuntut ilmu Allah.

Assalamualaikum

Ini merupakan blog baru yang bakal saya jadikan wadah meyebar ilmu Allah,Hari dan waktu yang terluang saya akan cuba menulis apa sahaja yang bernama ilmu,untuk tatapan dan perkongsian yang sudi membaca dan yang mahu menambah ilmu di dada.Untuk apa saya bakal memiliki segulung ijazah andai ilmu yang saya miliki hanya tersemat didada,busuk dan berkarat..boleh jadi ia akan rosak dan saya akan lupa,Saya mahu berkongsi,kerana saya tahu berkongsi akan tersebar manfaatnya,pada anda dan juga saya.