Ahlan,ahlen....

Bismillah
Assalamualaikum,akhirnya setelah 4 bulan berpuasa internet,,Alhamdulillah Allah rezekikan rezeki yang lebih untuk saya lunaskan hutang broadband yang kini kembali aktif ,Sabar dan Syukur.
Alhamdulillah,setelah 3 bulan menganggur selepas menamatkan perkhidmatan di Maahad Tahfiz Az-Zahrah,kini saya direzekikan pula berkhidmat di Sekolah Menengah Arab Tahfiz (SMART) Tasek Gelugor,Pulau Pinang.Alhamdulillah ini peluang berkongsi ilmu dan menambah mad'u.Dan sekali lagi diberi peluang berdampingan dengan Ahli Quran.Khair..khair,,
Baru dua bulan,terlalu banyak yang perlu dipelajari,,,banyak hati-hati pelajar yang perlu ditakluki,ramai yang boleh mengajar tapi tidak ramai yang mampu mendidik,menjadi pendidik itu tidak semudah menyarung buah nangka,,(mudah ke?tak pernah try pun) Ala Kulli Hal,,,misi dakwah pun bermula,,tajdid niat setiap hari dan lihatlah semua ank didik anda merupakan permata yang diselaputi lumpur,mereka punya potensi yang bagus,kerana mereka itu merupakan pilihan Allah.,khair,,haza fakod minni,jumpa lagi di lain siaran,,doakan moga saya terus Sabar dan Syukur,and another one,moga diberi kekuatan menghidupkan kembali laman blog yang sudah bersawang ni,,,uhuk uhuk,debu pun banyak,,ok IalliQo'