Wujudkah Falsafah Islam?

Bismillah,

Pertama dan selamanya syukur ke hadrat Ilahi kerana hari dan tika ini dengan izinkan saya masih dapat menitipkan sesuatu di laman blog yang hampir "kesawangan" ini.Semester akhir yang benar-benar mencabar,dihambat kesibukan yang kepalang hebatnya di antara jadual pengajian yang padat dan komitmen lain yang menjadikan seorang "saya" hampir kelelahan.Namun alhamdulillah inilah sebenar kemanisan hidup orang berjuang,bila amanah dakwah yang terbeban di pundak seorang yang mengaku dirinya mukmin,inilah harga yang harus dibayar.Kelelahan yang tidak berkesudahan demi kelangsungan sebuah dakwah walau siapapun kita.Baik sekadar mukaddimah ringkas peledak semangat untuk saya sendiri dan anda yang membaca,seperti yang saya janjikan pada entri yang lepas insyaAllah saya akan cuba memperkatakan secara ringkas mengenai Falsafah Islam,ini merupakan salah satu madah yang saya ambil semester ini,jadi saya cuba kongsikan sebaik dan semampu mungkin.

Islam sebuah agama yang syumul,tidak ada yang tidak ada di dalam islam,ianya sebuah sistem hidup yang maha lengkap kerana ianya agama yang datang dari Tuhan yang Maha Benar iaitu Allah S.W.T. Falsafah merupakan sesuatu yang lahir daripada aktiviti Aqal,jadi bila timbul persoalan wujudkah Falsafah islam saya akan kemukan dua pandangan atau pendapat dari mengenai persoalan ini.

1)Pendapat sebahagian Orientalis Barat.

-Mereka mendakwa tidak wujud falsafah di dalam islam,kerana menurut mereka orang muslim dan arab khususnya lemah dan tidak berkeupayaan dalam menjalankan aktiviti aqal dan tidak mampu membuat penelitian dengan menggunakan aqal,pendek kata orang islam tidak mampu berfikir menggunakan aqal mereka.
-Mereka turut membahagikan manusia ini kepada dua golongan:

1)Golongan Ari:Yang mana golongan ini mampu berfikir,meneliti dan menggunakan aqal
dengan baik.Dan mereka mendakwa meraka dari golongan ini.

2)Golongan Sami:Terdiri dari kaum arab dan muslimin yang tidak mempunyai keupayaan aqal.

-Mereka turut mendakwa orang arab hanya mampu mengarang syair dan hanya bergantung kepada apa-apa yang datang dari tuhan mereka(Allah) dan mereka benar-benar tidak mampu menggunakan Aqal.

2)Pendapat dari orang Islam sendiri.

Jangan terkejut andai saya katakan ada dari kalangan pemikir islam yang cenderung dan bersetuju dengan pendapat dari orientalis barat.Ada yang mendakwa sememangnya umat isalm tidak langsung memiliki kebolehan menjalankan aktiviti aqal mereka sendiri dan satu-satunya muslim yang layak digelar ahli falsafah adalah Yaakob bin Ishak Al-Kindi ,itupun sesuatu yang agak ganjil.Tidak kurang juga yang mendakwa orang muslim dan arab hanya tahu mengarang syair.

Tetapi jangan bimbang, tidak kurang juga ilmuwan islam yang menyatakan bahawa falsafah islam itu wujud."Syahrastani" mengatakan sesungguhnya orang arab terlebih dahulu mengusai pelbagai jenis bidang ilmu termasuk bidang falsafah ini bahkan mengatasi masyarakat yang lain.

"Ibnu Khaldun" berkata umat arab merupakan umat yang sangat mengusai pelbagai bidang ilmu termasuk falsafah.Pembahagian kelompok umat dan bangsa berdasarkan kebolehan aqal merupakan sesuatu yang tidak masuk aqal dan sesungguhnnya tiada perbezaan dintara umat-umat di dalam urusan mempelajari sesuatu ilmu,bahkan umat arab merupakan umat yang menonjol dalam bidang falsafah dan telah menterjemahkannya dan mengkajinya dengan baik.

Sekian dahulu untuk kali ini,Falsafah merupakan salah satu aktiviti aqal yang matlamatnya untuk mencari hakikat kebenaran,islam banyak sekali menyeru umatnya menggunakan aqal yang dianugerahkan Allah untuk dijadikan wasilah mencari kebenaran,insyaAllah saya akan hidangakn kepada anda dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah yang menyeru umatnya supaya berfikir dan sekaligus mematahkan dakwaan jahat musuh-musuh islam yang mahu memusnahkan islam dan umatnya.

Selamat berfikir!!!! biasakan yang betul,betulkan yang biasa!!!

Wujudkah Falsafah di dalam islam???

Bismillah

Anda pernah dengar mengenai falsafah?anda mungkin pernah dengar mengenai kemasyuran Falsafah Yunani,Aristo,Sokrat(betul ke eja camni)..benarkah mereka benar-benar pelopor bidang falsafah ini?

Wujudkah Falsafah islam? Anda mahu tahu apa pendapat musuh-musuh islam tentang falsafah dalam dunia islam?Jika Falsafah islam wujud di mana kedudukannya berdasarkan al-Quran dan Hadith,di mana dalilnya?

Anda ingin tahu?nantikan entry terbaru saya nanti,malam ni tak larat dah la menulis,Kuliyah direct dari pagi hingga jam 7 p.m tadi..badan perlukan rehat untuk perjuangan ilmu hari esok,jika esok masih ada..Bye bye wassalam

INFO SAHABAT RADIYALLAHUANHUM

Bismillah

Alhamdulillah kali ini saya mahu kongsikan beberapa info ringkas tentang para Sahabat Radiyallahuanhum,sila-sila la baca mudah mudah kita mahu mengenali mereka,yelah selama nikan kita kenal artis-artis je..sampai semua hal peribadi mereka kita tahu,ada gosip panas kitalah orang yang mula-mula tahu kan kan,udah udah la buat perkara tak berfaedah tu..jom kita berkenalan dengan para sahabat Nabi S.A.W ,mereka inilah yang bersama Nabi S.A.W membantu menyebarkan islam.Untuk kali ini saya paparkan info-info asas mengenai mereka yang bergelar Sahabat Nabi (S.A.W)


* Siapa itu sahabat?

Mereka adalah golongan yang pernah bertemu Rasulullah (S.A.W) dalam keadaan sudah memeluk islam dan mati juga dalam agama islam.

*Berapakah bilangan para Sahabat Radiyallahuanhum?

Tidak ada jumlah yang tepat mengenai berapakah bilangan sahabat yang sebenarnya,tetapi ada ulama' yang mengatakan jumlah mereka mencecah lebih dari 100,000 orang,wahhh ramainya..dan pendapat yang termasyur ialah pendapat Abi Zur;ah Ar-Razi yang menyatakan jumlah sahabat Nabi (S.A.W) berjumlah 114,000 orang,mereka terdiri daripada yang mendengar dan meriwayatkan Hadith.

*Sahabat yang paling banyak meriwayatkan Hadith:

1) Abu Hurairah R.a : 5374 Hadith

2) Ibnu Umar :2630 Hadith

3) Anas bin Malik : 2286 Hadith

4) Aisyah Ummul Mukminin : 2210 Hadith

5) Ibnu Abas :1660 Hadith

6) Jabir Abdullah : 1540 Hadith

Sahabat Nabi (S.A.W) yang bernama Abdullah :

jumlah mereka ini juga agak ramai mencecah 300 orang dan di bawah ini mereka yang termasyur.

1)Abdullah Ibnu Umar 2) Abdullah Ibnu Abas 3)Abdullah Ibnu Zubair

4) Abdullah Ibnu Amru bin Al Aash

Siapa Sahabat yang terawal memeluk islam:

1)Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.a

2)Ali bin Abi Talib R.a

3)Khadijah Ummul Mukminin R.a

4)Bilal Bin Rabah R.a

5)Zaid Bin Harithah R.a

Siapa antara para Sahabat yang terakhir meninggal dunia:

-Abu Tufail A'mir Bin Wathilah Al-Laithi

-Meninggal pada tahun 100 Hijrah di Makah Al-Mukarramah

Alhamdulillah setakat ini yang saya dapat kongsikan,mohon maaf andai punya kesilapan dan kekurangan fakta,saya naqalkan sepenuhnya maklumat di atas dari Kitab Taisir Mustalah Al-Hadith Karangan Doktor Mahmud Attohhan,Pensyarah Kuliyah Syariah dan pengajian Islam Universiti Kuwait.Kitab ini berbahasa Arab dan saya terjemahkan sebaik yang boleh.

Selamat membaca!

Beradab dengan kitab-kitab ilmu.

Bismillah

Alhamdulillah entry saya masih berkisarkan soal adab dalam menuntut ilmu,adab yang menjadi ramuan yang merencahkan lagi warna warni perjalanan hidup manusia yang bergelar penuntut ilmu Allah S.W.T.

Baik, ramai yang sedia maklum apakah itu adab?ramai yang tahu bagaimana mahu beradab sopan tetapi malangnya masih ramai yang tak mahu praktiskannya,itu yang rugi lagipun orang melayu kita kan sangat terkenal dengan perilaku sopan dan lemah lembut jadi ia sepatutnya tidak menjadi masalah untuk kita beradab dalam menuntut ilmu.Baik" straight to the point",kali ini saya mahu kemukakan salah satu adab dalam menuntut ilmu yang jarang sekali kita ambil berat,ia nampak remeh tapi impaknya amat besar kerana tanpanya mungkin payah kita mahu memperoleh "berkat" kerana tidak ramai yang tahu dan mahu "beradab dengan kitab-kitab ilmu".Ha?dengan kitab pun kena beradab sopan ke?yup...kitab-kitab atau melayunya buku-buku merupakan wasilah atau alat untuk kita mendapatkan ilmu,jadi ianya juga wajar mendapat penghormatan.Persoalan mula timbul,macammana nak beradab dengan buku?saya tak tahulah..Ehhh takpe-takpe saya akan bantu anda.Mari kita lihat bagaimana caranya kita nak beradab dengan kitab-kitab ilmu.Adakah dengan menjadikan buku-buku kita pembungkus nasi lemak atau pembungkus tempe selepas kita habis baca?mari kita tengok...

Tips beradab dengan kitab-kitab ilmu:

1) Dianjurkan kita memegang atau menyentuk kitab-kitab atau buku-buku ilmu dalam keadaan
bersih,iaitu berwudu'.

2) Tidak mengjulurkan kaki ke arah buku atau meletakkan sama paras dengan punggung kita.

3) Tidak menindih kitab-kitab ilmu dengan benda-benda yang lain.contoh:pen ,handset, cawan
dan sebagainya

4) Jangan beli buku tapi tak baca,jangan jadikan buku-buku hanya koleksi dan sekadar
bertujuan memenuhkan rak buku anda,ada buku bacalah.

5) Ini yang paling penting saya kira,menyusun buku mengikut taraf-taraf mereka tersendiri.
Buku pun ada taraf ke?eh mestilah,caranya begini:
Susun buku anda dengan meletakkan buku yang mengandungi ayat-ayat al-Quran di atas
sekali,diikuti dengan buku-buku yang mengandungi hadith,feqh dan seterusnya mengikut
keadaan kandungan buku-buku tersebut.Muliakan dan letakkan di kedudukan teratas
buku-buku yang mengandungi ayat2 al-Quran dan Hadith2 Nabi S.A.W.Ini bertujuan untuk
memuliakan kalam Allah dan mudah mudahan dengan cara itu Allah juga merahmati dan
memberkati ilmu kita.

Demikianlah sahaja,mudah bukan?nampak simple tapi cuba angkat tangan berapa ramai yang mempratikkannya?kadang-kadang untuk mendapatkan sesuatu perkara yang besar bermula dari perkara yang kecil dan simple.Untuk memperoleh kejayaan dalam menuntut ilmu usah pinggirkan perkara semudah beradab dengan buku,cubalah.

Selamat Beramal!!!

Beradab dalam menuntut ilmu,mengundang berkat.

Bismillah

Ini entry pertama saya untuk laman blog ini,insyaAllah saya akan mulakan bicara ilmu kita dengan membincangkan beberapa adab dan keperluan dalam menuntut ilmu.Penting ke adab-adab ini semua?asal belajar dah la kan?jawapannya adalah penting kerana apa?Kadang-kadang ada orang yang belajar setengah mati tapi tak juga pandai-pandai,mungkin sudah masanya kita mengambil tahu soal berkat,berkat ilmu yang kita hasilkan apabila kita mahu beradab ketika menuntut ilmu.

Antara Adab-Adab menuntut Ilmu:

1) Niat yang ikhlas kerana Allah Taala.Biarlah niat kita hanya untuk mengharap redha Allah dari ilmu yang kita pelajari,untuk menghilagkan kejahilan dari dalam diri kita,juga untuk
menghidupkan agama dan untuk mempelajari syariat Allah S.W.T.

2) Berusaha membersihkan zahir dan batin dari kekotoran dan kekhilafan.

3)Merendah diri kepada guru yang mengajar walaupun guru tersebut rendah kedudukannya
atau jawatan keduniaannya dari kita.Contohnya kita kerja dengan berjawatan atau gaji lebih
tinggi dari guru kita,kita dilarang memandang rendah kepada mereka.

4) Melihat dan memandang guru dengan pandangan kemuliaan dan kasih sayang.Maksudnya
memandang seorang guru dengan rendah hati dan memuliakan kedudukan mereka.

5) Membersihkan hati dari najis-najis dosa supaya ilmu mudah melekat di hati dan aqal kita,
Hati yang kotor membuatkan ilmu menjauh dengan kita.

6)Elakkan dari bermain-main dan melakukan perkara sia-sia semasa berada dalam majlis ilmu.
Contohnya ber'sms' atau bersembang dengan kawan sebelah ataupun berangan-angan semasa
majlis ilmu berlangsung.

7) Menjauhkan sebab-sebab yang menghalang kita dari menuntut ilmu,contohnya mengjauhkan
gangguan tetfon bimbit atau kemalangan yang menyebabkan tumpuan kita terganggu.

8) Sanggup menanggung kesusahan dan kepayahan semasa menuntut ilmu kerana menuntut
ilmu jalannya berliku dan penuh mehnah.
9)Bersungguh-sungguh dan beristiqamah

10) Memilih guru-guru yang muktabar.

11) Memilih sahabat sepengajian yang soleh dan solehah yang mana seorang sahabat yang baik
mampu membantu perjalanan kita sebagai penuntut ilmu Allah.

Assalamualaikum

Ini merupakan blog baru yang bakal saya jadikan wadah meyebar ilmu Allah,Hari dan waktu yang terluang saya akan cuba menulis apa sahaja yang bernama ilmu,untuk tatapan dan perkongsian yang sudi membaca dan yang mahu menambah ilmu di dada.Untuk apa saya bakal memiliki segulung ijazah andai ilmu yang saya miliki hanya tersemat didada,busuk dan berkarat..boleh jadi ia akan rosak dan saya akan lupa,Saya mahu berkongsi,kerana saya tahu berkongsi akan tersebar manfaatnya,pada anda dan juga saya.