Bismillah Walhamdulillah Wassolatu wassalam ala Rasulillah
Tidak tahu mahu bermula bagaimana,sudah lama tidak meluah kata dan rasa di sini.Semenjak dua ini terlalu banyak perkara yang berlaku..ya terlalu banyak..membuatkan sang hamba yang lemah ini hampir tersungkur di hentam "putus asa"..haaa ustazah pun putus asa ke?iskkk apa ustzah ni..bukanke selalu bagi nasihat kat orang.Itulah hakikatnya,menasihati orang lebih mudah dari memujuk hati sendiri.
Ya luahkan pada Allah,DIA yang paling memahami kita..kalau ada orang kata "saya dah mengadu pada Allah tapi masalah saya tak juga selesai! Mungkin kamu bukan mengadu,,tetapi kamu mungkin sedang memaksa dan mengugut Allah supaya mengikut kata kamu..mengadulah,menangislah..kamu akan tenang selepas itu,,seolah-olah Allah sudah memadamkan kesedihan-kesedihan kamu,mungkin masalah kamu masih belum selesai,,tetapi Allah gantikan dengan perasaan REDHA dan YAKIN bahawa semua itu kecil dibandingkan dengan NIKMAT yang kita dapat.Allah gantikan resah dengan keyakinan dan kekuatan untuk menghadapinya dan tanpa kita sangka,,Allah melorongkan kita kepada jalan keluar. Tanpa kita sedari kita "sangka" kitalah yang berjaya menyeselesikan masalah itu sendiri.Manusia kan..
Seperti semua penyakit yang Allah turunkan ubat,begitu juga masalah yang Allah kirimkan,pasti ada penyelesaian.Berhenti menyalahkan diri,begitu juga menyalahkan orang lain..apa yang perlu kita perbaiki diri dan perbaiki hubungan kita dengan orang lain.Dengan Allah toksah ceritalah.tak patut langsung kita ada masalah dengan Allah.Kerana Allah langsung tidak terjejas bila kita "tiada" dan yang rugi itu kita.
kembalilah tersenyum,kembalilah menjadi gagah,kembalilah menjadi insan hebat yang disayangi Allah,tidak perlu menjadi sempurna di mata Allah.kerana Allah memandang usaha kita untuk menjadi yang lebih baik,SEMPURNA itu milik DIA sahaja.
Majlis khatam
2 years ago