Kenapa payah sangat nak buat

Bismillah

Masih teringat rungutan salah seorang pensyarah kesayangan saya mengenai kebanyakan warga Malaysia yang jarang untuk mendirikan solat sunat rawatib di masjid.Sedangkan ianya amalan yang sangat penting dalam membantu menyempurnakan solat fardhu kita yang entah khusyuk entahkan tidak,entah cukup rukun ataupun kurang,entah sempurna atau tunggang langgang.Mungkin juga ada yang kata "ala kan sunat aje,buat dapat pahala,tak buat tak berdosa " yup memang benar tetapi itu omongan si malas,ataupun dia dah yakin amalannya perfect.InsyaAllah saya cuba berkongsi sedikit sebanyak kepentingan solat sunat rawatib yang sangat-sangat digalakkan ummat islam supaya mengerjakannya.

Daripada Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang hamba pun yang Muslim yang bersembahyang kerana Allah Ta'ala setiap hari dua belas rakaat sebagai solat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didirikanlah sebuah rumah dalam syurga."

(Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith Rasulullah (S.A.W) di atas jelas terang terangan ganjaran yang dijanjikan bagi mereka yang istiqamah melaksanakan solat sunat rawatib iaitu dijanjikan dibinakan sebuah rumah di syurga Allah Azza Wajalla.Ganjaran dan tawaran hebat yang dipandang lesu oleh jiwa-jiwa yang nilai yakinnya kurang terhadap janji Allah.Bayangkan anda dihadiahkan sebuah rumah mewah yang dibina di kawasan tempat tinggal bertaraf tinggi oleh seorang perdana menteri?pastinya bangga tak sudah bukan?bayangkan pula jika yang mahu binakan rumah anda sebuah rumah itu pemilik seluruh alam?dan tapak yang dijanjikan pula di syurga yang kekal,tidak tergodakan anda?usah dibayangkan bagaimana reka bentuk rumah itu kerana segala yang berada di dalam syurga tidak dapat dan tidak pernah dibayangkan oleh pancaindera manusia.

Sunat Rawatib ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu. Terdapat dua jenis sunat rawatibiaitu : Sunat "Qabliyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan sebelum solat wajib, dan waktu-waktunya ialah: 2 rakaat sebelum solat Subuh, 2 rakaat sebelum solat Zuhur, 2 atau 4 rakaat sebelum solat Asar, dan 2 rakaat sebelum solat Isya'; dan Sunat "Ba’diyyah" iaitu solat rawatib yang dikerjakan setelah solat fardhu, dan waktu-waktunya ialah: 2 atau 4 rakaat sesudah solat Zuhur, 2 rakaat sesudah solat Maghrib dan 2 rakaat sesudah solat Isya'.


Antara kepentingan atau kelebihan solat sunat rawatib adalah:

1)Merupakan pelengkap kepada solat fardhu.
Solat merupakan amalan pertama yang dihisab di akhirat kelak,dan apabila terdapat
kekurangan dalam solat yang telah kita kerjakan di dunia,solat sunat rawatiblah
yang akan menampung lompong-lompong yang ada.Bagus bukan?
2)Menggantikan solat fardhu yang tertinggal
Baki solat sunat rawatib yang dikerjakan apabila dikumpul juga mampu menjadi ganti
kepada solat fardhu kita yang tak cukup dikerjakan.Subhanallah.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan yang lain,tetapi saya hanya sebutkan 2 fadhilat yang sangat rugi andai kita lepaskan begitu sahaja.Apabila di akhirat kelak tiada sesiapa yang kita boleh minta bantuan daripadanya.Kecuali dengan bekal amalan yang dibawa dan solat sunat rawatib mempunyai peranan besar.Jadi usah bertangguh.Banyakkan sujud apada Allah..laksanakan banyak yang sunat,moga kita tak rugi di sana

0 comments:

Post a Comment