Wujudkah Falsafah Islam?

Bismillah,

Pertama dan selamanya syukur ke hadrat Ilahi kerana hari dan tika ini dengan izinkan saya masih dapat menitipkan sesuatu di laman blog yang hampir "kesawangan" ini.Semester akhir yang benar-benar mencabar,dihambat kesibukan yang kepalang hebatnya di antara jadual pengajian yang padat dan komitmen lain yang menjadikan seorang "saya" hampir kelelahan.Namun alhamdulillah inilah sebenar kemanisan hidup orang berjuang,bila amanah dakwah yang terbeban di pundak seorang yang mengaku dirinya mukmin,inilah harga yang harus dibayar.Kelelahan yang tidak berkesudahan demi kelangsungan sebuah dakwah walau siapapun kita.Baik sekadar mukaddimah ringkas peledak semangat untuk saya sendiri dan anda yang membaca,seperti yang saya janjikan pada entri yang lepas insyaAllah saya akan cuba memperkatakan secara ringkas mengenai Falsafah Islam,ini merupakan salah satu madah yang saya ambil semester ini,jadi saya cuba kongsikan sebaik dan semampu mungkin.

Islam sebuah agama yang syumul,tidak ada yang tidak ada di dalam islam,ianya sebuah sistem hidup yang maha lengkap kerana ianya agama yang datang dari Tuhan yang Maha Benar iaitu Allah S.W.T. Falsafah merupakan sesuatu yang lahir daripada aktiviti Aqal,jadi bila timbul persoalan wujudkah Falsafah islam saya akan kemukan dua pandangan atau pendapat dari mengenai persoalan ini.

1)Pendapat sebahagian Orientalis Barat.

-Mereka mendakwa tidak wujud falsafah di dalam islam,kerana menurut mereka orang muslim dan arab khususnya lemah dan tidak berkeupayaan dalam menjalankan aktiviti aqal dan tidak mampu membuat penelitian dengan menggunakan aqal,pendek kata orang islam tidak mampu berfikir menggunakan aqal mereka.
-Mereka turut membahagikan manusia ini kepada dua golongan:

1)Golongan Ari:Yang mana golongan ini mampu berfikir,meneliti dan menggunakan aqal
dengan baik.Dan mereka mendakwa meraka dari golongan ini.

2)Golongan Sami:Terdiri dari kaum arab dan muslimin yang tidak mempunyai keupayaan aqal.

-Mereka turut mendakwa orang arab hanya mampu mengarang syair dan hanya bergantung kepada apa-apa yang datang dari tuhan mereka(Allah) dan mereka benar-benar tidak mampu menggunakan Aqal.

2)Pendapat dari orang Islam sendiri.

Jangan terkejut andai saya katakan ada dari kalangan pemikir islam yang cenderung dan bersetuju dengan pendapat dari orientalis barat.Ada yang mendakwa sememangnya umat isalm tidak langsung memiliki kebolehan menjalankan aktiviti aqal mereka sendiri dan satu-satunya muslim yang layak digelar ahli falsafah adalah Yaakob bin Ishak Al-Kindi ,itupun sesuatu yang agak ganjil.Tidak kurang juga yang mendakwa orang muslim dan arab hanya tahu mengarang syair.

Tetapi jangan bimbang, tidak kurang juga ilmuwan islam yang menyatakan bahawa falsafah islam itu wujud."Syahrastani" mengatakan sesungguhnya orang arab terlebih dahulu mengusai pelbagai jenis bidang ilmu termasuk bidang falsafah ini bahkan mengatasi masyarakat yang lain.

"Ibnu Khaldun" berkata umat arab merupakan umat yang sangat mengusai pelbagai bidang ilmu termasuk falsafah.Pembahagian kelompok umat dan bangsa berdasarkan kebolehan aqal merupakan sesuatu yang tidak masuk aqal dan sesungguhnnya tiada perbezaan dintara umat-umat di dalam urusan mempelajari sesuatu ilmu,bahkan umat arab merupakan umat yang menonjol dalam bidang falsafah dan telah menterjemahkannya dan mengkajinya dengan baik.

Sekian dahulu untuk kali ini,Falsafah merupakan salah satu aktiviti aqal yang matlamatnya untuk mencari hakikat kebenaran,islam banyak sekali menyeru umatnya menggunakan aqal yang dianugerahkan Allah untuk dijadikan wasilah mencari kebenaran,insyaAllah saya akan hidangakn kepada anda dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah yang menyeru umatnya supaya berfikir dan sekaligus mematahkan dakwaan jahat musuh-musuh islam yang mahu memusnahkan islam dan umatnya.

Selamat berfikir!!!! biasakan yang betul,betulkan yang biasa!!!

0 comments:

Post a Comment